Budidaya Ikan Tuna.Malaysia mempunyai peluang besar untuk
menceburi dalam industri tuna khususnya daripada sumber tuna oseanik
laut antarabangsa iaitu Lautan Hindi di sebelah barat, dan Lautan
Pasifik Utara di sebelah timur. Penglibatan dan pengalaman pengusaha
tuna di Pulau Pinang dalam menguruskan pembelian dan pengeksportan hasil
tuna ke Jepun sejak tahun 60-an boleh membantu mengembangkan industri
ini secara besar-besaran.
Perdagangan tuna di peringkat antarabangsa dalam tahun 2000 bernilai USD
5 bilion (nilai eksport) meningkat daripada USD 3.2 bilion dalam tahun
1991, peningkatan pada kadar 5% setahun.
Tuna merupakan produk perikanan ketiga penting diperdagangkan (9%
daripada nilai perdagangan perikanan) selepas udang dan groundfish. Dari
segi praktik, hanya ikan tuna yang mempunyai kelebihan diperdagangkan
secara industri kerana sesuai diproses. Malaysia ketinggalan berbanding
negara jiran di mana Indonesia dan Filipina tersenarai sebagai 10 negara
tangkapan utama tuna dunia sementara Thailand tersenarai sebagai 10
negara industri pemprosesan utama tuna dunia.
Eksport tuna beku bernilai USD 2.8 bilion dalam tahun 2000 meningkat
daripada USD 1.5 bilion dalam tahun 1991, pada kadar 7% setahun . Taiwan
merupakan pengeksport utama (40%). Negara tangkapan utama yang lain
seperti USA dan Indonesia kurang mengeksport kerana memenuhi keperluan
industri pemprosesan tempatan.
Import tuna dingin dan beku bernilai USD 1.4 bilion dalam tahun 2000,
berkurangan sedikit daripada USD 1.5 bilion dalam tahun 1991. Thailand
(25%) dan Japan (28%) merupakan pengimport utama.Budidaya Ikan Tuna
0 komentar Budidaya Ikan Tuna
Posting Komentar