Sewa Mobil Surabaya Perdana Rental
Hub cs:031-8721200 - 081 252 666 966 - 031-703 306 61.Sewa Mobil surabaya+Driver mulai rp 225rb

Budidaya Ikan Tuna


Budidaya Ikan Tuna.Malaysia mempunyai peluang besar untuk menceburi dalam industri tuna khususnya daripada sumber tuna oseanik laut antarabangsa iaitu Lautan Hindi di sebelah barat, dan Lautan Pasifik Utara di sebelah timur. Penglibatan dan pengalaman pengusaha tuna di Pulau Pinang dalam menguruskan pembelian dan pengeksportan hasil tuna ke Jepun sejak tahun 60-an boleh membantu mengembangkan industri ini secara besar-besaran.
Perdagangan tuna di peringkat antarabangsa dalam tahun 2000 bernilai USD 5 bilion (nilai eksport) meningkat daripada USD 3.2 bilion dalam tahun 1991, peningkatan pada kadar 5% setahun.
Tuna merupakan produk perikanan ketiga penting diperdagangkan (9% daripada nilai perdagangan perikanan) selepas udang dan groundfish. Dari segi praktik, hanya ikan tuna yang mempunyai kelebihan diperdagangkan secara industri kerana sesuai diproses. Malaysia ketinggalan berbanding negara jiran di mana Indonesia dan Filipina tersenarai sebagai 10 negara tangkapan utama tuna dunia sementara Thailand tersenarai sebagai 10 negara industri pemprosesan utama tuna dunia.
Eksport tuna beku bernilai USD 2.8 bilion dalam tahun 2000 meningkat daripada USD 1.5 bilion dalam tahun 1991, pada kadar 7% setahun . Taiwan merupakan pengeksport utama (40%). Negara tangkapan utama yang lain seperti USA dan Indonesia kurang mengeksport kerana memenuhi keperluan industri pemprosesan tempatan.
Import tuna dingin dan beku bernilai USD 1.4 bilion dalam tahun 2000, berkurangan sedikit daripada USD 1.5 bilion dalam tahun 1991. Thailand (25%) dan Japan (28%) merupakan pengimport utama.Budidaya Ikan Tuna
Read More